Translate

25 June 2023

Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV

 




Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV

Norfarhiza Mohd Atar

Jun 25, 2023 07:00 MYT

Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV

Keadaan MPV dan motosikal yang terlibat kemalangan di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir, dekat Kampung Langgar, di Pekan, menyebabkan tiga beradik maut tengah hari semalam. - Foto ihsan PDRM

PEKAN: Tiga beradik maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir, dekat Kampung Langgar, di sini, semalam.

Kejadian jam 12.30 tengah hari itu meragut nyawa penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15 tahun, serta dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11 tahun, dan Nik Ikram Nuqman, lima tahun.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Lamir ke Kampung Langgar.

Sementara itu, pemandu MPV jenis Nissan Serena bersama enam penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Taman Jambu, Pekan menghala ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal terbabas masuk dalam laluan bertentangan, kemudian bertembung dengan MPV yang datang dari arah hadapan.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang menunggang secara melulu sehingga terbabas masuk dalam laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kejadian terbabit juga menyebabkan pemandu MPV bersama dua penumpang mengalami kecederaan.

Jelasnya, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasatan selepas keputusan ujian COVID-19 diperolehi.

"Ketika kejadian, keadaan jalan lurus, satu lorong dua hala, dengan garisan tengah putus-putus.

“Keadaan cuaca ketika kejadian juga baik, cerah dan tidak hujan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED