Translate

28 June 2023

Cuti tambahan pada 30 Jun buat penjawat awam Selangor



Cuti tambahan pada 30 Jun buat penjawat awam Selangor

Astro Awani

Jun 27, 2023 18:48 MYT

Cuti tambahan pada 30 Jun buat penjawat awam Selangor




Ia berikutan pengisytiharan tarikh hari raya Aidiladha yang jatuh pada hari Khamis 29 Jun 2023 bersamaan 10 Zulhijjah 1444H. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk memberi kemudahan cuti tambahan pada hari Jumaat 30 Jun 2023 kepada penjawat awam di negeri itu selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan, ia berikutan pengisytiharan tarikh hari raya Aidiladha yang jatuh pada hari Khamis 29 Jun 2023 bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.

“Kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja.

“Walau bagaimanapun, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Pentadbiran kerajaan negeri Selangor juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri Selangor,” ujar beliau.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED