Translate

21 June 2023

Rohana Jalil meninggal dunia pada Jam 11.33 malam tadi



 

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim paid a visit to Rohana on April 23.


Rohana Jalil meninggal dunia

Astro Awani

Jun 21, 2023 

Rohana Jalil meninggal dunia

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.

Berita duka tersebut disahkan oleh rakan rapat Allahyarham, penyanyi Haiza sebentar tadi.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur esok.



Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.

Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarham memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.

Antara lagu popularnya ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To'ki.

Allahyarham berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.


PENYANYI dan penyampai radio Haiza Hanafi menitipkan kata-kata akhir buat sahabat karibnya, Allahyarham Rohana Jalil yang meninggal dunia pada lewat malam Selasa.

.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED