Translate

25 June 2023

HSR Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini

  


Kelajuan HSR Jakarta-Bandung cecah 350km sejam

23 Jun 2023, 6:34pm


Kelajuan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung berjaya mencapai kelajuan maksimum iaitu 350 kilometer sejam dalam ujian bersepadu yang dilakukan pada Khamis.


Dengan kejayaan itu, sekali gus menandakan HSR berkenaan berjaya mencapai matlamat dalam fasa ujian bersepadu.


Sejak ujian bersepadu dimulakan pada 22 Mei, Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) bersama-sama dengan beberapa syarikat China menjalankan ujian untuk meningkatkan kelajuan tren secara berperingkat, iaitu dari 180 kilometer sejam hingga 350 kilometer sejam.


Ujian itu bagi memeriksa fungsi dan pelbagai indeks mengenai landasan, pembekalan elektrik, telekomunikasi, isyarat, penyeliaan amaran untuk memastikan kelancaran terhadap ujian fasa seterusnya serta pengoperasian rasmi.


Projek landasan sejauh 142.3 km  yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu merupakan projek ikonik dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama China-Indonesia.


Untuk rekod, ia juga merupakan projek pertama pembinaan HSR China di luar negara dengan segenap komponen dan rantaian perindustrian melalui teknologi dan standard China.


Apabila projek itu siap, perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini.  — BERNAMA-CMG














Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 15 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 2 hrs 31 mins ago