Translate

23 June 2023

PRN: Sasaran PH-BN menang 50 kerusi DUN Selangor realistik - Amirudin

 PRN: Sasaran PH-BN menang 50 kerusi DUN Selangor realistik - Amirudin

Bernama

Jun 23, 2023PRN: Sasaran PH-BN menang 50 kerusi DUN Selangor realistik - Amirudin

Amirudin berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan PH dan BN di negeri berkenaan

PRN: Sasaran PH-BN menang 50 kerusi DUN Selangor realistik - Amirudin

Amirudin berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan PH dan BN di negeri berkenaan. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Sasaran gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memenangi sekurang-kurangnya 50 atau dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah realistik dan mampu dicapai.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan.

"Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai.



"Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras hari ini.

Beliau menjawab dakwaan dan pandangan pemerhati politik serta pembangkang yang menyifatkan sasaran PH dan BN untuk menang 50 daripada 56 kerusi DUN di Selangor sebagai tidak realistik.

DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat rakyat berakhir iaitu pada 25 Jun.

Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lepas setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED