Translate

03 April 2025

Lebih dua juta kenderaan dijangka gunakan rangkaian PLUS mulai esok



Lebih dua juta kenderaan dijangka gunakan rangkaian PLUS mulai esok

Bernama

03/04/2025


PLUS menyarankan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA di Aplikasi PLUS. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih 2 juta kenderaan sehari akan berada di rangkaian lebuh rayanya untuk tempoh tiga hari bermula esok berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri.

Menurut kenyataan PLUS, perjalanan pulang dijangka mencapai puncaknya pada 4, 5, dan 6 April.

Berikutan lonjakan trafik itu, PLUS menyarankan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA di Aplikasi PLUS.

"Jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA direka untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih efisien, selain memastikan aliran trafik yang lebih seimbang, sekali gus memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa," menurut kenyataan PLUS di sini, hari ini.

Sebagai insentif, PLUS menawarkan ganjaran keseluruhan hingga RM20,000 kepada pengguna lebuh raya yang mematuhi MyPLUS-TTA melalui kempen Ikuti MyPLUS-TTA Sempena Aidilfitri di Aplikasi PLUS.

PLUS turut memaklumkan enam pemenang hadiah utama akan membawa pulang baucar hotel bernilai RM2,500 setiap satu, manakala 50 pemenang hadiah saguhati akan menerima kredit Touch 'n Go eWallet bernilai RM100 setiap seorang.

Untuk menyertai kempen tersebut, pengguna hanya perlu mendaftar dan mematuhi jadual perjalanan yang disarankan oleh MyPLUS-TTA untuk perjalanan di lebuh raya kendalian PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga 6 April ini.

"Dengan mematuhi MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya dijangka dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar sepanjang musim perayaan," menurut kenyataan itu.

Selain itu, PLUS menyatakan komitmennya untuk terus meningkatkan pengalaman perjalanan pengguna lebuh raya dengan memperbaharui strategi pengurusan trafik sepanjang tempoh cuti perayaan utama.

Selain itu, PLUS menyatakan komitmennya dalam meningkatkan pengalaman perjalanan pengguna lebuh raya dengan sentiasa menambah baik strategi pengurusan trafik bagi tempoh cuti perayaan utama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 4 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkuk' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perlindungan warga emas berisiko tinggi, KKM tawar' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Media sosial semakin meloyakan? | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 53 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Sistem harga dua peringkat lebih ba' 57 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi | BES' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ini Soal Imej Negara, A' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 1 hr 36 mins ago