Translate

12 November 2024

Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi



Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi

Astro Awani

12/11/2024


Kaedah two-tier pricing di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Kaedah levi petrol dalam pelaksanaan penyasaran subsidi minyak RON95 dikhuatiri akan menimbulkan risiko keciciran dalam kalangan isi rumah terendah di negara ini, iaitu kumpulan B60, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata, kaedah tersebut memang antara tiga kaedah utama yang dipertimbangkan kerajaan, namun penilaian daripada Pangkalan Data Utama (PADU) mendapati hampir 40 peratus daripada golongan tersebut tidak mempunyai pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, setakat ini kerajaan melihat kaedah dua peringkat (two-tier pricing) di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi di stesen-stesen minyak apabila penyasaran subsidi itu bermula pada pertengahan 2025.

“Secara kasarnya 40 peratus keluarga B60 itu tidak ada pendaftaran pemilikan kenderaan. Jadi kita ada masalah, kerana walaupun kita kata di peringkat atas bukankah lebih baik guna pendaftaran kenderaan, hakikatnya bagi keluarga terbawah, mereka tidak ada pun pendaftaran kenderaan kerana satu keluarga mungkin guna moto atas nama orang lain.

“Kita sudah melalui perkara ini semasa pelaksanaan penyasaran diesel, yang mana orang guna nama orang lain untuk gunakan kenderaan. Data awal ini menunjukkan ‘mismatching’ besar akibat amalan di bawah, orang sambung bayar atau ibu bapa beli untuk orang lain atau guna nama orang lain, dan pada peringkat 40 peratus isi rumah sasaran itu sebenarnya tak ada dalam sistem JPJ kerana guna nama lain,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat, yang mahukan pandangan kerajaan mengenai kaedah levi petrol dalam penyasaran subsidi RON95,

Beberapa pihak mencadangkan agar Kerajaan mengenakan levi petrol terhadap golongan berpendapatan tertinggi (T15) ketika mereka memperbaharui cukai jalan berbanding melaksanakan kaedah harga dua peringkat subsidi RON95.

Dalam pada itu Rafizi berkata, selain levi petrol, dan harga dua peringkat, satu lagi kaedah yang pernah dipertimbangkan ialah bayaran tunai terus kepada golongan pengguna yang layak.

Namun beliau berkata kaedah itu dikhuatiri akan meningkatkan harga barangan dan inflasi, satu keadaan yang lebih sukar untuk diperbaiki.

“Secara umum, ahli ekonomi berkata bahawa mengadakan bayaran tunai itu lebih baik kerana tidak melibatkan operasi di stesen minyak. Sebarang operasi di stesen minyak akan menyebabkan masalah operasi, untuk pastikan kelancaran pembelian minyak itu.

“Tetapi apabila kerajaan lihat risiko kenaikan harga barang kerana kita sedia maklum harga minyhak naik, inflasi walaupun tak terkesan kepada peniaga tertentu itu akan jadi alasan. Keutamaan kerajaan mengawal inflasi berbanding dengan kaedah lain,” katanya lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kedatangan semula Manchester United satu detik ber' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hamp' 24 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Penyerahan gratuiti simbol penghargaan buat Saloma' 24 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'More than 100 migrants arrested in Colorado nightc' 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DUA BERANAK LAGAK SAMSENG TlBAl CASHIER | BEST FBK' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ragut rantai emas, tukang rumah dipenjara lima tah' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Suri rumah rugi lebih RM150,000 terperdaya skim pe' 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Amazon launches first satellite, challenging Musk'' 50 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Mencuri di pelantar minyak, tujuh warga Indonesia ' 54 mins ago