Translate

28 November 2024

Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid



Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid

Bernama

28/11/2024


Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Bilik Mesyuarat BN, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar Facebook Ahmad Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR: Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Bilik Mesyuarat BN, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.

"Semoga perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat ini dapat terus memperkukuh perjuangan sebuah pasukan Barisan Nasional. Insya-Allah. Barisan Nasional, Pendukung Aspirasi Rakyat," katanya melalui hantaran di Facebook miliknya.

Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa mesyuarat itu membincangkan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Gabungan BN terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

BN ditubuhkan pada 1 Jun 1974 oleh Tun Abdul Razak Hussein, yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Gabungan politik ini dibentuk untuk menggantikan Parti Perikatan, dengan tujuan memperkukuh perpaduan antara pelbagai parti politik di Malaysia. 


- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang zahir rasa terkejut 26,000 ekar tana' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Permohonan SPHM yang sudah diluluskan diproses sec' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan benar pertukaran majikan r' 10 mins ago
A visitor from Cairo viewed 'Tourism Malaysia dan Emirates tandatangan MoU, tar' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat ' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pencuri Pakaian Dalam Wanita 'Kantoi' | BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Over 200 Flights Cancelled, 18 Airports Temporaril' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Over 200 Flights Cancelled, 18 Airports Temporaril' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pencuri Pakaian Dalam Wanita 'Kantoi' | BEST FBKL' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Raja Permaisuri berkenan terima mengadap kepimpina' 1 hr 14 mins ago