Translate

30 November 2024

Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina



Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina

Bernama

29/11/2024


Fadhlina bertanyakan khabar kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Demit hari ini. - Gambar Bernama


KOTA BHARU: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata peperiksaan tetap berjalan seperti biasa termasuk di negeri terjejas bencana itu bagi mengelakkan keciciran dalam kalangan calon SPM.

"Kementerian saya telah mempersiapkan pusat-pusat peperiksaan SPM supaya mereka mempunyai keupayaan menerima calon luar dari daerah mereka dalam situasi kecemasan akibat bencana banjir.

"Kalau sesebuah sekolah itu terjejas, mereka boleh mengambil peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan yang lain," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Demit di sini hari ini.

Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan bersedia daripada pelbagai aspek dan telah mengambil langkah drastik memastikan semua calon menduduki peperiksaan SPM sekiranya sekolah mereka terjejas.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 31 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 33 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 47 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 48 mins ago