Translate

30 November 2024

Pengerusi, CEO Kumpulan Sapura Energy letak jawatan



Pengerusi, CEO Kumpulan Sapura Energy letak jawatan

November 29, 2024

SAPURA Energy



KUALA LUMPUR: Pengerusi Sapura Energy Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Mohd Anuar Taib akan meletakkan jawatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025.

Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Mohammad Azlan akan meletakkan jawatannya sebagai pengerusi kumpulan pada 31 Januari 2025, selepas berkhidmat sejak Mei 2022.

Mohd Anuar pula akan meletakkan jawatannya sebagai CEO kumpulan dan pengarah eksekutif pada 31 Disember 2024, selepas hampir empat tahun memimpin syarikat.

Dalam pada itu, Sapura Energy juga mengumumkan Pengerusi Sementaranya, Shahin Farouque Jammal Ahmad yang akan dilantik semula sebagai pengerusi lembaga manakala CEO SapuraOMV Upstream (SapuraOMV) Muhammad Zamri Jusoh akan mengambil alih jawatan CEO Kumpulan pada 1 Mac 2025.

Shahin Farouque menjadi ahli lembaga pengarah Sapura Energy sejak Disember 2023 dan dilantik sebagai pengerusi sementara pada Jun 2024.

"Beliau kini merupakan Ketua Kumpulan Pelaburan Strategik Permodalan Nasional Bhd dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam perbankan pelaburan dan sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah eksekutif di bahagian pelaburan Khazanah Nasional Bhd," kata Sapura Energy.

Dalam pada itu, kata Sapura Energy, Muhammad Zamri pula menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan kumpulan sejak Julai 2019 dan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sementara itu, Sapura Energy berkata Mohammad Azlan selama berkhidmat memainkan peranan penting dalam memudah cara pemulihan dan meningkatkan tadbir urus kumpulan.

"Beliau mengetuai pembentukan dan mengemudi Pasukan Petugas Penstrukturan Semula Lembaga (BRTF) kumpulan yang menyediakan pengawasan dan sokongan kepada pasukan pengurusan dalam melaksanakan Pelan Tetapan Semula Sapura Energy," katanya.

Sapura Energy berkata Mohd Anuar membimbing kumpulan melalui beberapa perubahan penting dan pencapaian utama dalam usaha pemulihan termasuk kemajuan besar dalam pelaksanaan penstrukturan semula hutang.

"Di bawah kepimpinan beliau yang mantap, kumpulan Sapura Energy menunjukkan ketahanan operasi walaupun berdepan cabaran kewangan, mencatatkan pendapatan stabil dan aliran tunai yang bertambah baik," katanya.


– Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 4 hrs 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 5 hrs 40 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 5 hrs 52 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 6 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 6 hrs 18 mins ago