Translate

28 November 2024

SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki



SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki

Astro Awani

28/11/2024


Azam menjangkakan, keputusan pasukan pendakwaan itu akan diketahui dalam masa terdekat. - Foto fail/BERNAMA



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Siasatan berkenaan itu berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Beliau menjangkakan, keputusan pasukan pendakwaan akan diketahui dalam masa terdekat.

"Kita sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet.

"Kita jangkakan keputusan berhubung siasatan ini akan diperolehi dalam masa yang terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Siasatan ke atas pasangan itu adalah susulan pendedahan Kementerian Kewangan bahawa Khazanah dan PNB hanya memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

Susulan itu, kediaman pasangan suami isteri di Mont Kiara, di sini diserbu dan SPRM menyita beberapa barangan termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

SPRM turut bertindak membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pasangan itu yang bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 4 hrs 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 5 hrs 54 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 6 hrs 7 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 6 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 6 hrs 33 mins ago