Translate
28 November 2024
Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal
Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal
Bernama
28/11/2024
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid (foto) supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.
Ringkasan AI
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal, membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi undang-undang dalam mengarahkan penahanan pasport tanpa alasan sah dan munasabah.
Na'imah, balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, didakwa gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan hartanya, dengan pertuduhan di bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini yang mengenakan syarat jaminan yang memerlukan penahanan pasport Na'imah.
Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Azizah berkata hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila beliau mengarahkan penahanan pasport Na'imah, sedangkan tiada alasan sah dan munasabah untuknya berbuat demikian.
Beliau berkata di Mahkamah Sesyen, pihak pendakwaan telah meminta pasport Na'imah diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan, dengan mengatakan ia sebagai amalan biasa seperti dalam kes-kes lain.
Azizah berkata pergantungan pihak pendakwaan terhadap mengenakan syarat tambahan menjejaskan prinsip yang ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam keputusan sebelum ini, yang menyatakan bahawa sebarang syarat tambahan mestilah adil, munasabah dan berkaitan dengan memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah.
Beliau berkata panel hakim berpandangan bahawa tiada bukti sokongan atau penjelasan untuk memberikan justifikasi mengapa syarat tambahan itu perlu.
Mahkamah juga menolak bantahan awal pihak pendakwaan berhubung rayuan Na'imah.
Na'imah, 67, balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin menfailkan rayuan selepas Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonannya untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen menahan pasportnya, sebagai sebahagian daripada syarat jaminan.
Pada 23 Jan lepas, isteri bekas Menteri Kewangan itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis agar mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.
Hakim Azura Alwi membenarkan Na'imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Mahkamah sebelum ini telah beberapa kali membenarkan permohonan Na'imah mendapatkan pasportnya untuk sementara waktu bagi membolehkan dia berlepas ke Switzerland, Singapura, London, Venice dan China.
Allahyarham Daim, 86, yang meninggal dunia pada 13 Nov lepas, telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen dalam kes berasingan membabitkan pertuduhan gagal mengisytiharkan lebih 70 aset, selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan.
Dalam prosiding di Mahkamah Rayuan hari ini, peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar dan Abraham Au mewakili Na'imah manakala timbalan pendakwa raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin di pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
[VIDEO] 'Mungkin hentam divider', penunggang motor hilang kepala kemalangan di Highway Senai Majoriti Jumaat, 27 Dis 2024 Tangkap l...
-
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok Bernama 24/12/2024 Dua lelaki ditahan itu mendakwa ingin pulang ke negara asal, India ...
-
German president dissolves Parliament, sets elections for Feb 23 27/12/2024 German President Frank-Walter Steinmeier has dissolved Parliamen...
Popular Posts - Last 30 days
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
[VIDEO] 'Mungkin hentam divider', penunggang motor hilang kepala kemalangan di Highway Senai Majoriti Jumaat, 27 Dis 2024 Tangkap l...
Blog Archive
-
▼
2024
(5752)
-
▼
Nov 2024
(825)
- Vietnam lulus projek kereta api berkelajuan tinggi...
- Pengerusi, CEO Kumpulan Sapura Energy letak jawatan
- Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah run...
- Kabinet setuju hukuman khidmat masyarakat kesalaha...
- 122,631 Mangsa Banjir Seluruh Negara
- Lelaki Curi Jam Rolex Telah Diberkas
- Op Khas Motosikal: 34 Penunggang Positif Dadah, 22...
- Flood: KPKM activates disaster operation room, to ...
- Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan ...
- Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - A...
- Lebih 400 kucing jalanan mungkin mati, pusat jagaa...
- Bekas jurujual didakwa pecah amanah barang kemas l...
- Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10...
- Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung p...
- Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung p...
- Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang...
- Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pa...
- Flood: Youth ties drums to bed to keep ailing fath...
- Floods: No evacuation of victims in Sepang distric...
- Unreasonable for Syed Saddiq to claim ignorance ov...
- Big tech says Australia "rushed" social media ban ...
- Flood situation continues to worsen, victims excee...
- Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana p...
- Leave for all Cabinet ministers frozen - PM Anwar
- Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh denga...
- Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pe...
- 11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bers...
- Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
- Member of prominent Rothschild family found dead a...
- Manchester United 3-2 Bodø/Glimt | Europa League 2...
- Tottenham Hotspur 2-2 Roma | Europa League 24/25 M...
- PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digit...
- Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh
- Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak g...
- Putin denies deliberately scaring Merkel with his ...
- Cabbie, two passengers met fiery end as NGV taxi c...
- US, China swap detained citizens after years of di...
- Tycoon Ananda Krishnan’s companies see slight dip ...
- 266 telco towers still not operational, exceeding ...
- Eight individuals detained on suspicion of being f...
- What you need to know about Adani US bribery indic...
- Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in co...
- 266 menara belum beroperasi, lebihi tempoh sembila...
- KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan ko...
- Mahkamah batal permohonan Siti Bainun tangguh huku...
- Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripa...
- PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakya...
- Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat ...
- Banjir bertambah buruk di Kelantan, mangsa meningk...
- SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami -...
- Suspek Dikehendaki Maut Berbalas Tembakan Di Serem...
- Rayuan Najib Ditangguh Lagi Kerana Hakim Tarik Diri
- Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
- Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes r...
- Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
- Prabowo's coalition dominate Indonesian regional e...
- Usaha Tegas Chairman Ananda Krishnan passes away
- Pemandu Grab Rugi RM500,000
- Man suspected of threatening to kill Trump arrested
- Tiga Mangsa Rentung, Kereta Terbakar Rempuh Tembok...
- 5 Premis Makanan Di Klang Kotor
- KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
- Penganggur dituduh rogol gadis bawah umur anak yat...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- 91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkait...
- Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita b...
- KRU artis Malaysia pertama menggunakan AI Generati...
- Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran ...
- Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibu...
- Gautam Adani faces charges for securities law viol...
- Guru MIliki Ganja
- Wang KWSP Setengah Juta Ringgit "Lesap"
- Saya tengok PM 'bersilat' nak lepas perangkap send...
- Liverpool 2-0 Real Madrid | Champions League 24/25...
- 37,189 mangsa banjir melibatkan 11,385 keluarga se...
- Immigration Dept arrests 119 illegals in raid on P...
- Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjar...
- Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pen...
- Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama un...
- Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK
- Nicol David terima sijil daripada Harvard Business...
- SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururaw...
- Beras sekampit 5kg berharga RM15 mula dijual bulan...
- Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasiha...
- Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran ...
- Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
- Lima Pegawai Kadet Dibuang, Diarah Bayar Ganti Rugi
- Trump nominated businessman John Phelan for the po...
- Pakistani forces launch midnight raid on ex-PM Imr...
- Trump team signs transition agreement with Biden W...
- Najib, Mohd Irwan granted DNAA for six CBT charges...
- Warga emas maut kereta dihanyut arus
- Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pec...
- Israeli politician dragged out of Israel Parliamen...
- Enam Suspek Samun Empat Kilogram Emas Diburu
- Lebih RM2 bilion bajet MINDEF diseleweng- Che’GuBard
- LELAKI SOUND USAHAWAN KOSMETIK DATO SERI VIDA BELA...
- Why is Wee Ka Siong doing the opposition's job? - ...
- Health Minister breaks down in Parliament
- Diancam boikot beri makan anjing, pemilik restoran...
-
▼
Nov 2024
(825)