Translate

29 November 2024

Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial



Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial

Bernama

29/11/2024


Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Parlimen pada Rabu, turut mencadangkan denda berat sehingga AU$50 juta (AS$32 juta) bagi platform yang gagal mematuhi peraturan itu. - Gambar hiasan



ISTANBUL: Dalam keputusan bersejarah, Senat Australia pada Khamis meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian.

Undang-undang itu yang diluluskan pada hari terakhir sesi Senat yang sedang berlangsung, berkuat kuasa pada penghujung tahun depan, selepas itu individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anthony Albanese mempertahankan langkah itu dengan menyatakan ia adalah "perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka."

Bagaimanapun, di bawah undang-undang baharu itu, syarikat media sosial tidak boleh memaksa pengguna untuk memberikan pengenalan rasmi kerajaan, termasuk ID digital, untuk menilai umur mereka, menurut ABC News.

Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Parlimen pada Rabu, turut mencadangkan denda berat sehingga AU$50 juta (AS$32 juta) bagi platform yang gagal mematuhi peraturan itu.

Seramai 34 senator mengundi menyokong manakala 19 menentangnya.

Namun, Dewan Perwakilan meluluskan undang-undang ini dengan sokongan 102 undi berbanding hanya 13 Ahli Parlimen yang menentang larangan itu.

Sebelum ini, Albanese berkata, media sosial "menyebabkan kemudaratan sosial."

"Kami mahu kanak-kanak Australia mempunyai zaman kanak-kanak yang sebenar dan kami mahu ibu bapa tahu yang kerajaan di sisi mereka. Ini adalah reformasi penting. Kami tahu sesetengah kanak-kanak akan mencari jalan menggunakannya (media sosial), tetapi kami ingin menghantar mesej kepada syarikat media sosial untuk memperbaiki tindakan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada 21 Nov.



- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan -' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecual' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tunggu hasil siasatan JPP - Ramanan' 41 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Tanah Runtuh TTDI Dinding Tembok Sebuah Sekolah An' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Ayer itam viewed 'MACC trace RM30' 2 hrs 8 mins ago