Translate

30 November 2024

Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial



Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial

Bernama

29/11/2024


Mohd Naim berkata kedua-dua pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan tetapi hanya kerosakan pada kenderaan dan hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati tempat kejadian tiada CCTV. - Gambar Bernama



IPOH: Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata pihaknya menerima laporan polis daripada pengadu iaitu wanita berusia 23 tahun pada kira-kira 3 petang 25 Nov lepas berkaitan kemalangan tersebut.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku 1.28 tengah hari pada hari yang sama membabitkan kereta jenis Perodua Axia yang dipandu pengadu dan kereta jenis Perodua Aruz dipandu suspek berusia 47 tahun.

"Kemalangan berlaku semasa pengadu memandu dari rumahnya ke sebuah premis di sekitar Taman Sungkai Perdana untuk membeli makanan .

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu lelaki itu tiba-tiba telah masuk ke laluan pengadu dan melanggar bahagian hadapan Perodua Axia," katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Naim berkata kedua-dua pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan tetapi hanya kerosakan pada kenderaan dan hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati tempat kejadian tiada kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau berkata Bahagian Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah telah mengesan dan membuat tangkapan terhadap suspek di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor kira-kira 1 tengah hari tadi.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut," katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pegangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tapah Sjn Sadri Omar di talian 016-9266800.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'KTMB sedia tren khas ke Pantai Timur sempena Aidil' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu mengaku tidak bersalah sebabkan kematian m' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Langgar syarat permohonan maaf, KPN fail prosiding' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'NIKAH LUNA MAYA & MAXIME BOUTTIER | LIVE | BEST FB' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pekerja syarikat swasta digalak bekerja dari rumah' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '1,000 notis dikeluar kepada pemilik kenderaan buru' 50 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Rafizi sedia pertahan jawatan' 54 mins ago