Translate

03 April 2025

Dua anjing Rottweiler serang lima individu telah dilupuskan - Veterinar



Dua anjing Rottweiler serang lima individu telah dilupuskan - Veterinar

Bernama

03/04/2025


Dua ekor anjing jenis Rottweiler yang menyerang lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil pada Selasa telah dilupuskan semalam. - Gambar hiasan


BALING: Dua ekor anjing jenis Rottweiler yang menyerang lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini pada Selasa telah dilupuskan semalam.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah Dr Shaharul Amar Talib berkata pihaknya juga mengambil sampel daripada anjing itu bagi tujuan pengesanan penyakit rabies di Makmal Veterinar Wilayah Utara Bukit Tengah, Pulau Pinang.

Beliau berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di rumah pemilik anjing sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian itu.

"Pemeriksaan mendapati terdapat dua ekor anjing dewasa jenis Rottweiler jantan berwarna hitam belum dimandulkan dan kedua-duanya sukar didekati.

"Bagaimanapun, pemilik anjing memberi kerjasama dan menyerahkan anjing secara sukarela kepada petugas veterinar untuk tindakan selanjutnya serta bersetuju untuk dilupuskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan lima individu termasuk seorang penuntut sebuah universiti warga Arab Saudi cedera selepas digigit anjing terbabit yang terlepas dari sangkar.

Video memaparkan beberapa individu dirawat dan dibawa menaiki ambulans akibat serangan anjing itu juga tular di media sosial.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Reston viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 37 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkuk' 1 hr 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perlindungan warga emas berisiko tinggi, KKM tawar' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Media sosial semakin meloyakan? | BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Sistem harga dua peringkat lebih ba' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi | BES' 1 hr 59 mins ago