Translate

19 March 2025

Anwar harap kementerian, agensi bertindak segera pastikan kelancaran projek di Pulau Pinang



Anwar harap kementerian, agensi bertindak segera pastikan kelancaran projek di Pulau Pinang

Bernama

18/03/2025


Anwar dalam lawatan singkat ke Pulau Pinang hari ini, mempengerusikan mesyuarat khas itu di Pejabat PDC, di George Town. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar setiap kementerian dan agensi memberi perhatian khusus dan bertindak segera dalam memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Pulau Pinang secara berkesan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata inisiatif pembangunan itu penting bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya penduduk miskin bandar dan penduduk luar bandar yang bakal menikmati manfaat jangka panjang.

"Tiba di Pulau Pinang untuk beberapa rencana hari ini termasuk mengadakan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri yang turut disertai Ketua Menteri (Chow Kon Yeow), Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan Persekutuan dan negeri.

"Perbincangan memberi fokus kepada senarai Projek Keutamaan Negeri Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang melibatkan aspek infrastruktur jalan raya, bekalan air, kesihatan, pendidikan, sukan, pelabuhan perikanan dan perbandaran nelayan untuk diteliti selanjutnya.

"Saya turut memberi penekanan kepada usaha membaik pulih serta membina sekolah baharu di Pulau Pinang, selain beberapa lagi projek penting yang akan memberikan kebaikan dan keselesaan buat rakyat terbanyak," katanya.

Terdahulu Anwar dalam lawatan singkat ke Pulau Pinang hari ini, mempengerusikan mesyuarat khas itu di Pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di George Town.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 36 secs ago
A visitor from Ohio viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anita Azrina ganti Hans Isaac | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'JAKIM buat laporan polis isu hina Islam di media s' 3 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia Aviation tempah sehingga 60 pesaw' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anita Azrina ganti Hans Isaac | BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anita Azrina ganti Hans Isaac | BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago