Translate

20 March 2025

Lelaki maut dalam kebakaran rumah



Lelaki maut dalam kebakaran rumah

Bernama

20/03/2025


Rumah dihuni mangsa, Zahari Ibrahim, di Kampung Kuala Semantan, Cheroh, Raub, musnah terbakar pada awal pagi ini. - Foto Sinar Harian


KUANTAN: Seorang lelaki ditemukan rentung selepas rumahnya di Kampung Kuala Semantan, Raub terbakar tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata Zahari Ibrahim, 50, yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan, dijumpai bomba setelah pemadaman selesai dijalankan.

"Rumah itu hangus, lelaki itu dipercayai sedang tidur semasa kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.42 tengah malam.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.


-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED