Translate

20 March 2025

Polis Pahang keluar lebih 200 permit jual mercun, bunga api sempena Aidilfitri



Polis Pahang keluar lebih 200 permit jual mercun, bunga api sempena Aidilfitri

Bernama

20/03/2025


Yahaya bercakap pada sidang media ketika Program 'High Profile Policing' di Bazar Ramadan Tanjung Lumpur di Kuantan, 19 Mac 2025. --fotoBERNAMA


KUANTAN: Polis meluluskan lebih 200 permohonan permit menjual bunga api dan mercun kepada peniaga di seluruh daerah di Pahang sempena musim perayaan Aidilfitri, tahun ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata daripada jumlah itu, 60 permit penjualan adalah dari Kuantan dan beliau menjangkakan permohonan permit jualan bahan berkenaan akan meningkat pada minggu terakhir Ramadan.

"Bunga api atau mercun yang kita luluskan ini adalah terhad kepada jenis mercun ataupun bunga api boleh dijual, kiranya ia adalah selamat untuk dijual dan dimainkan oleh kanak-kanak. Ini adalah sebahagian daripada langkah pencegahan untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini.

"Buat masa ini, pihak kami belum lagi menerima sebarang laporan kecederaan atau kemalangan membabitkan bermain bunga api mahupun mercun. Selain itu, kami ada juga mendapati pihak yang menjual mercun tanpa permit dan tindakan akan diambil," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas program High Profile Policing dan meninjau bazar Ramadan di Tanjung Lumpur di sini, petang semalam.

Biarpun dijamin selamat, Yahaya berkata pemantauan orang dewasa amat penting dan beliau menasihati ibu bapa untuk tidak membiarkan anak-anak mereka bermain bunga api mahupun mercun tanpa kawalan individu dewasa.

Sementara itu, beliau berkata lebih 5,000 pegawai dan anggota polis di negeri ini akan bertugas seperti biasa pada musim perayaan bagi memantau keselamatan harta benda dan premis selain mengawal kesesakan sempena Aidilfitri.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MAG terima 30 pesawat berbadan sempit Boeing 737 b' 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terim' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 24 mins ago
A visitor from California viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 29 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Dusseldorf viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 53 mins ago