Translate

22 March 2025

Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terima DKK disekat - Fahmi



Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terima DKK disekat - Fahmi

Bernama

21/03/2025


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap pada Sambutan Hari Seniman 2025 di Hotel Grand Barakah Ampang hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Tayangan dua filem yang menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) telah disekat susulan kegagalan pihak penerbitan membayar gaji kru produksi, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Tanpa menamakan filem terbabit, beliau memberi peringatan tegas kepada pihak berkenaan agar segera melunaskan bayaran sebelum filem mereka dibenarkan untuk tayangan.

"Kita dapati sejak akhir-akhir ini ada sekurang-kurangnya dua filem yang saya tak akan namakan,yang kita dapati tidak membayar kru walaupun pihak penerbit telah menerima Dana Kandungan Kreatif... jadi kita telah halang tayangan.

"Kita maklumkan kepada mereka untuk lunaskan bayaran-bayaran ini dahulu kemudian baru kita akan benarkan mereka memohon (tayangan) terutama di bawah Skim Wajib Tayang," katanya kepada pemberita pada Sambutan Hari Seniman 2025.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) kementerian berkenaan Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.




Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi mengumumkan bahawa DKK untuk 2025 akan dibuka mulai 24 Mac ini dengan lima kategori ditawarkan termasuk dua kategori baharu iaitu Dana Mikro Drama dan Dana Pasca Produksi.

Turut diperkenal semula ialah Dana Pemasaran dan Pengedaran.

Selain itu, Dana Program TV khusus untuk Borneo dan Dana Pemasaran bagi penyertaan serta promosi antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata pindaan terhadap Akta FINAS 1981 dijangka dibawa ke sidang Parlimen akan datang.

Beliau berkata pindaan itu akan membantu menjadi pemangkin kepada industri serta persediaan mendepani cabaran masa kini antaranya melibatkan isu kebajikan, kandungan dan perkembangan dalam talian.

Setakat ini, Jemaah Menteri secara dasar bersetuju meminda akta berkenaan dengan mengambil kira perubahan dalam industri perfileman, katanya.

Fahmi turut meminta FINAS meneliti pelbagai aspek termasuk penggunaan kecerdasan buatan dalam industri perfileman dan menjalin kerjasama dengan institusi pendidikan untuk memastikan industri terus berkembang seiring teknologi baharu.

Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh hubungan antara industri dan akademia, tujuh institusi pengajian menerima surat niat bagi merintis kerjasama strategik dalam membangunkan ekosistem industri perfileman, televisyen serta kandungan kreatif yang mampan.

Institusi terbabit ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Universiti Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia, Management and Science University, Universiti Multimedia, Politeknik Metro Tasek Gelugor dan Meatech Creative Academy.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Lewis-Skelly Scores On Debut! | England 2-0 Albani' 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lewis-Skelly Scores On Debut! | England 2-0 Albani' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di M' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet ' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Diesel prices to drop by 5 cents from tomorrow | B' 1 hr 9 mins ago