Translate

22 March 2025

Wanita berdepan detik cemas rumah disamun empat lelaki bersenjatakan pisau



Wanita berdepan detik cemas rumah disamun empat lelaki bersenjatakan pisau

Bernama

21/03/2025


Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila rumahnya di Felda Chini Timur, Pekan, dimasuki empat lelaki berpelitup muka hitam dan bersenjatakan pisau, semalam. - Foto hiasan


KUANTAN: Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila rumahnya di Felda Chini Timur, Pekan, dimasuki empat lelaki berpelitup muka hitam dan bersenjatakan pisau, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian pada pukul 11.50 malam itu berlaku ketika wanita berusia 26 tahun terbabit sedang tidur di dalam bilik sebelum tersedar akibat bunyi barang jatuh.

Beliau berkata sejurus keluar dari bilik, mangsa terkejut melihat empat lelaki berkenaan dan menjerit sehingga salah seorang suspek bertindak mengacukan pisau di leher anak lelaki wanita itu yang berusia empat tahun dan sedang tidur di ruang tamu.

"Suspek kemudiannya mengarahkan wanita itu supaya diam dan menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil seutas rantai leher dan gelang tangan daripada ibu mertua mangsa yang berada di dalam bilik secara paksa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain barang kemas berkenaan, suspek turut mengambil dua telefon bimbit sebelum melarikan diri melalui pintu dapur rumah dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM12,000.

Mohd Zaidi berkata mangsa memaklumkan bahawa semasa kejadian, suami dan bapa mertuanya tiada di rumah dan kediaman mereka tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

"Kesemua penghuni rumah berkenaan ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya sambil memaklumkan bahawa usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 11 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 16 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 29 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 55 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 3 hrs 22 mins ago