Polis rakam keterangan wanita muat naik video Ibu Zayn Rayyan
BULETIN TV3
BULETIN TV3
19 Mac 2025
PETALING JAYA: Polis sudah merakam keterangan wanita yang memuat naik video memaparkan ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, berjalan sambil memegang tangan dua anaknya di kawasan parkir motosikal Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata keterangan individu itu diambil pada 12 Mac lalu selepas wanita berkenaan membuat laporan di Alor Gajah, Melaka.
Menurutnya, perakam video juga sudah dikenal pasti dan diambil keterangan, selain laporan polis turut dibuat.
“Setakat ini, seramai lima saksi sudah dirakam keterangan, termasuk ibu Allahyarham Zayn Rayyan, wanita yang memuat naik video itu, perakam video, serta suami perakam video.
“Selain itu, rakan perakam video yang berkongsi rakaman kepada wanita berkenaan juga sudah diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Beliau berkata, pemilik akaun TikTok memuat naik dan berkongsi video itu sebagai sebahagian daripada gerakan Justice4ZaynRayyan.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis masih mengesan wanita yang memuat naik video berkenaan.
Terdahulu, ibu Allahyarham Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 30, membuat laporan polis berhubung video yang tular itu.