Translate

20 March 2025

Berhati-hati dengan akaun media sosial palsu kerabat diraja Pahang



Berhati-hati dengan akaun media sosial palsu kerabat diraja Pahang

Bernama

19/03/2025


Istana Pahang berharap tiada yang terperdaya dengan penyamaran yang cuba mengelirukan orang ramai. - FB Kesultanan Pahang


KUANTAN: Orang ramai diminta agar berhati-hati serta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun palsu di pelbagai platform media sosial yang menggunakan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerabat diraja Pahang dan Kesultanan Pahang.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berharap tiada yang terperdaya dengan penyamaran yang cuba mengelirukan orang ramai.

"Kebelakangan ini, muncul banyak akaun Facebook palsu melibatkan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Isu sama yang turut ingin dijelaskan ialah mengenai akaun media sosial milik Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah," menurut hantaran itu.

Hantaran itu memaklumkan Tunku Azizah hanya memiliki akaun media sosial yang aktif di Instagram namun begitu ia bersifat peribadi manakala Tengku Hassanal mempunyai akaun di Instagram dengan nama "this.7".

Sebarang aktiviti atau titah secara langsung pula hanya akan disiarkan melalui platform media sosial menggunakan nama Kesultanan Pahang dan di Facebook, hanya terdapat satu sahaja akaun sah dengan kira-kira 685,000 pengikut.

Platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, YouTube dan aplikasi X turut menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Situasi banjir semakin buruk di Johor, Sabah dan S' 2 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'SEORANG bapa durjana tergamak bersubahat bersama r' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar Ibrahim Refuses to use Mercedes S600 Car ' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis bertindak ultra vires halang perarakan, perh' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Buki' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US judge finds Musk's USAID cuts likely unconstitu' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Buki' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'Kepada Semua Tolong Doakan Supaya Kebenaran Dan Ke' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhamm' 2 hrs 35 mins ago