Translate

20 March 2025

KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya



KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya

Bernama

20/03/2025


Tiket tren ETS tambahan sempena sambutan Aidilfitri akan mula dijual hari ini (20 Mac) bermula jam 10 pagi. - Gambar hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral - Butterworth dan sebaliknya serta KL Sentral - Padang Besar dan sebaliknya.

KTMB dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa empat perkhidmatan ETS tambahan itu melibatkan perjalanan dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, iaitu pada 28 dan 30 Mac, serta dua hari selepas sambutan Aidilfitri, iaitu pada 5 dan 6 April ini.

"Perkhidmatan ini menawarkan 1,254 tempat duduk setiap hari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan.

"Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna," menurut kenyataan itu, yang turut memaklumkan bahawa tiket tren tambahan akan mula dijual hari ini (20 Mac) bermula jam 10 pagi.

Pada 3 Mac lalu, KTMB telah menawarkan empat perkhidmatan ETS tambahan bagi tempoh 28 Mac hingga 6 April 2025 berikutan tiket tren berjadual sedia ada telah habis dijual.

Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan adalah sebanyak 40 tren sehari sepanjang tempoh 28 Mac hingga 6 April, dengan jumlah tempat duduk sebanyak 117,996.

Para pengguna boleh membeli tiket melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), mesin kios atau di laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis bertindak ultra vires halang perarakan, perh' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Buki' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US judge finds Musk's USAID cuts likely unconstitu' 38 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Buki' 1 hr ago
A visitor from Bengaluru viewed 'Kepada Semua Tolong Doakan Supaya Kebenaran Dan Ke' 1 hr 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhamm' 1 hr 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MOT rangka pelan tindakan kurangkan pelepasan gas ' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'US judge finds Musk's USAID cuts likely unconstitu' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa pent' 1 hr 37 mins ago