Translate

21 March 2025

JAKIM buat laporan polis isu hina Islam di media sosial



JAKIM buat laporan polis isu hina Islam di media sosial

Bernama

21/03/2025


Ketua Pengarah JAKIM Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK) JAKIM kira-kira 8.30 pagi. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA KANGSAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan polis hari ini berhubung penghinaan terhadap Islam dilakukan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK) JAKIM kira-kira 8.30 pagi.

"Ada beberapa hantaran yang dimuat naik itu menjurus kepada penghinaan kepada agama Islam, al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W dan ia menimbulkan suasana kurang senang terutama dalam kalangan umat Islam sendiri.

"Kita serahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk jalankan siasatan, seterusnya tindakan mengikut lunas perundangan sedia ada," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Pengarah JAKIM Sempena Program Kampung Angkat MADANI di Masjid Al-Munariah, Kampung Menora di sini hari ini.

Pada 16 Mac lepas, media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata sebarang bentuk penghinaan terhadap agama khususnya Islam tidak boleh dibiarkan dan perlu diambil tindakan tegas bagi memastikan keharmonian negara terus terpelihara.

Sirajuddin berkata pihaknya turut mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan sebarang provokasi atau tindak balas berhubung penghinaan terhadap agama itu yang dilakukan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya tindakan itu bukan hanya merugikan malah mampu mencetuskan ketegangan yang berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.

"Kita nak nasihatkan kepada masyarakat Islam agar perkara seumpama ini tak perlu kita sebarkan. Tak payah juga kita lawan kerana ia akan memanjangkan lagi isu ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga terbuka untuk mengadakan sesi perbincangan dan pencerahan dengan orang bukan Islam berhubung sesuatu isu yang mampu menganggu-gugat keharmonian kaum serta agama di negara ini.

Mengulas mengenai program hari ini, Sirajuddin berkata seramai 50 anak yatim daripada Rumah Kanak-Kanak Kuala Kangsar diraikan dalam majlis berkenaan dan mereka turut menerima sumbangan duit raya serta kelengkapan harian.

"Program ini juga secara amnya bertujuan berkongsi rezeki selain mengimarahkan Ramadan dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua golongan termasuk anak yatim," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 |' 34 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Buffet Ramadhan MAEPS BISTRO Steamboat & Grill @ R' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Great Place Where You' 50 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'Video Viral - Polis kejar Proton Satria di Bangi |' 56 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Video Viral - Polis kejar Proton Satria di Bangi |' 56 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'Video Viral - Polis kejar Proton Satria di Bangi |' 57 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'Video Viral - Polis kejar Proton Satria di Bangi |' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '4 finalis CSOIAM rebut gelaran juara, hadiah berni' 1 hr 5 mins ago