Translate

21 March 2025

Suami isteri antara empat ditahan disyaki edar dadah



Suami isteri antara empat ditahan disyaki edar dadah

Bernama

21/03/2025


Yahaya (tengah) bercakap pada sidang media berhubung kejayaan Polis Pahang merampas dadah jenis syabu dan ganja lebih 13 kilogram bernilai RM421,286 di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub harı ini. - Gambar Bernama


RAUB: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan empat individu termasuk pasangan suami isteri di tempat letak kereta di Jalan Pasar, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 37 hingga 59 tahun itu diberkas kira-kira 3.30 petang ketika berada di dalam dua kereta.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta jenis Toyota Vios dan Nissan Navara itu, polis menemukan dadah disyaki syabu dan ganja dianggar seberat 13 kilogram bernilai RM421,286.

"Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini aktif sejak tiga bulan lepas dengan didalangi warga tempatan dan mendapatkan bekalan dadah dari Lembah Klang untuk diedarkan di Pahang serta dibawa ke negara jiran," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Yahaya berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terlibat dalam jenayah itu.

Beliau berkata dadah dirampas mampu dibekalkan kepada 26,331 penagih.

"Ujian air kencing mendapati wanita itu positif terhadap dadah manakala suaminya dan seorang lagi suspek tempatan mempunyai rekod jenayah lampau," katanya sambil menambah keempat-empat individu itu direman hingga 26 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 20 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 25 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 38 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 3 hrs 31 mins ago