Translate

21 March 2025

Aidilfitri: JBPM beku 70 peratus cuti pegawai, anggota



Aidilfitri: JBPM beku 70 peratus cuti pegawai, anggota

Bernama

21/03/2025


Nga menyampaikan ucapan pelancaran Ops Siaga Raya sempena Aidilfitri 2025 di Putrajaya hari ini. - Gambar Bernama


PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan 70 peratus atau 11,500 cuti pegawai dan anggotanya bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri berada pada tahap tertinggi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata baki 30 peratus lagi dibenarkan bercuti secara penggiliran bagi memastikan kekuatan keanggotaan mencukupi.

"Kita ingin pastikan keseluruhan anggota kita berada pada tahap yang optimum dan kita juga terus bekerjasama dengan polis.

"Bomba sebagai tonggak penyelamatan negara juga akan memainkan peranan sewajarnya dan 11,500 anggota bersiap sedia 24 jam," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Ops Siaga Raya sempena Aidilfitri 2025 bermula 29 Mac hingga 3 April di sini hari ini.

Dalam aspek insiden kebakaran, beliau berharap trend kebakaran semasa musim perayaan Aidilfitri mencatatkan penurunan pada kali ini menerusi Ops Siaga Raya.

Dalam tempoh Ops Siaga Raya 2024, sebanyak 1,303 panggilan kes kebakaran direkodkan iaitu peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding 1,068 kes pada 2023.

"Tahun ini kita sasarkan supaya trend menurun. Ini memerlukan kerjasama semua pihak kerana keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

"Semua pihak sebelum pulang ke kampung halaman, pastikan semua suis di rumah dimatikan," katanya.

Sementara itu, Nga berkata JBPM akan siap sedia di 12 lokasi sepanjang jajaran lebuh raya utama negara merangkumi Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang dalam Op Selamat 2025 di bawah kelolaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet ' 12 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 13 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Diesel prices to drop by 5 cents from tomorrow | B' 15 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 22 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 27 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 45 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 58 mins ago