Translate

22 March 2025

Boeing: Malaysia Aviation tempah sehingga 60 pesawat Boeing 737 MAX



Boeing: Malaysia Aviation tempah sehingga 60 pesawat Boeing 737 MAX

Bernama

21/03/2025


Boeing pada Jumaat mengumumkan bahawa Malaysia Aviation Group telah membuat tempahan sehingga 60 pesawat Boeing 737 MAX. - Gambar fail/REUTERS


NEW YORK: Boeing pada Jumaat mengumumkan bahawa Malaysia Aviation Group telah membuat tempahan sehingga 60 pesawat Boeing 737 MAX, lapor agensi berita Jerman dpa.

Tempahan itu merangkumi 18 jet 737-8 dan 12 jet 737-10, dengan pilihan untuk tambahan 30 pesawat lagi bagi memperbaharui armada pesawat lorong tunggal Malaysia Airlines.

Penambahan pesawat baharu itu akan membantu syarikat penerbangan berkenaan memperkenalkan tempat duduk baring mendatar serta memenuhi permintaan perjalanan di Asia Tenggara, pasaran penerbangan komersial yang berkembang pesat. Armada pesawat di rantau ini dijangka meningkat hampir 250 peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang.

"Dengan lebih 50 jet 737 dalam armada Malaysia Airlines, pengenalan tambahan 737-8 dan 737-10 menawarkan keseragaman operasi serta kecekapan ekonomi terbaik bagi setiap tempat duduk dalam kelasnya, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon sebanyak 20 peratus," menurut Boeing dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi rasmi Starvendors Mega Raya Fest 2025 | BEST' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 25 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 2 hrs 24 mins ago