Translate

21 March 2025

“Cukuplah jadi penonton!" - Mohamad Sabu ajak sertai himpunan solidariti rakyat Palestin



“Cukuplah jadi penonton!" - Mohamad Sabu ajak sertai himpunan solidariti rakyat Palestin

Bernama

21/03/2025


Mereka yang ingin menyertai himpunan berkenaan boleh berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke Kedutaan AS. - Foto FB Mohamad Sabu


KUALA LUMPUR: Orang ramai diajak menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac ini bagi menyatakan bantahan atas serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa lepas.

Orang ramai diajak menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac bagi membantah serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

Datuk Seri Mohamad Sabu mengajak peserta berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Serangan udara Israel sejak Selasa telah menyebabkan hampir 50,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 112,000 cedera, kebanyakan wanita dan kanak-kanak.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata mereka yang ingin menyertai himpunan berkenaan boleh berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat di sini.

"Biar dunia tahu, rakyat Malaysia tidak duduk diam!

"Kita bukan sekadar mengecam Zionis Israel. Kita juga nak nyatakan kekecewaan dan marah kepada negara-negara Arab yang membiarkan saudara sesama Islam kita di Palestin terus ditindas," kata beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi kenyataan di laman Facebook.



Tentera Israel melancarkan serangan udara mengejut ke atas Semenanjung Gaza pada Selasa, menghancurkan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.

Hampir 50,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan wanita dan kanak-kanak manakala lebih 112,000 yang lain cedera dalam kempen ketenteraan Israel di Gaza sejak Oktober 2023.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 2 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Midland viewed 'Female pitch invader interrupts Champions League f' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mangsa banjir Johor akan terima bantuan khas RM3,0' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 36 mins ago