Translate

22 March 2025

Jadikan Ramadan medan latih integriti, disiplin dalam diri - PM



Jadikan Ramadan medan latih integriti, disiplin dalam diri - PM

Bernama

22/03/2025


Anwar (tiga, kiri) diiringi Hajiji ketika menyampaikan sumbangan kepada para pelajar Tahfiz pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah di Padang Tuaran hari ini. - Gambar Bernama


TUARAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru umat Islam agar menjadikan bulan Ramadan sebagai medan bagi melatih integriti dan disiplin diri.

Beliau berkata dalam bulan Ramadan, umat Islam wajib berpuasa dan ibadah itu sendiri melatih diri erti integriti serta disiplin dalam meningkatkan ketakwaan dan keyakinan kepada Allah.

"Siapa yang tahu kamu puasa atau tidak, itu hanya kamu dan Allah. Jadi, ini sendiri melatih integriti dan disiplin dalam menunaikan ibadah puasa.

"Kita dilatih untuk berpuasa, apa erti disiplin, integriti dan keperibadian unggul kerana kita dilatih bertanggungjawab kepada Allah. Integriti ini dilatih semasa Ramadan," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah di Padang Istiadat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Anwar berkata Ramadan juga mengajar dimensi kemanusiaan kepada umat Islam dengan merasai sendiri pelbagai cabaran antaranya lapar dan dahaga selain kesukaran yang dialami golongan kurang berkemampuan.

" ...Ramadan mengajar kita ada nilai Rahmah. Sudah dua pertiga Ramadan ini apakah benar ada kesedaran kita menjaga orang miskin. Kalau betul, kita bantu anak yatim dan orang miskin pada Ramadan ini supaya mereka sambut Aidilfitri dengan gembira.

"Ramadan mengajar kita untuk lebih prihatin terhadap jiran tetangga yang susah. Kita dapat merasai bagaimana sukarnya hidup dalam kemiskinan," katanya.

Beliau turut menyeru umat Islam untuk memakmurkan masjid dan menunaikan tanggungjawab membayar zakat bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Bayar zakat sekali lagi mengingatkan kita (bahawa) ini instrumen ekonomi penting untuk bantu rakyat yang susah. Di sekeliling kita masih ada yang merempat hidupnya," kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pulau pinang viewed 'Menteri KPDN nafi terlibat rasuah, lapor polis han' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'First day of Lady Gaga concert ticket presales see' 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Polis Mula Siasat Kes Pukul Penunggang Motosikal |' 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang seru umat Islam tunaikan kewajipan b' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Bagan beting kepah viewed 'Awesome Hari Raya Dine-In Set Menu from RM50.00 at' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Hunedoara viewed 'Lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai s' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ADC PM Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruj' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Jeddah viewed 'Polis serah kertas siasatan remaja maut dilanggar ' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai s' 1 hr 32 mins ago