Translate

21 March 2025

Polis gagalkan cubaan seludup syabu RM1.06 bilion ke Australia



Polis gagalkan cubaan seludup syabu RM1.06 bilion ke Australia

Bernama

21/03/2025


Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali menunjukkan barangan rampasan pada sidang media mengenai kejayaan merampas dua buah kontena berisi 166 tong disyaki mengandungi dadah bernilai RM1.062 bilion. - Foto BERNAMA


PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062 bilion, yang diletakkan bersama tong dram berisi lilin parafin di Pelabuhan Barat pada 25 Jan lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Sallahuddin Che Ali berkata dadah itu dirampas selepas pihaknya menyerbu sebuah gudang di pelabuhan berkenaan, dan menemukan 166 tong dram berisi bahan larangan itu di dalam dua kontena.

"Pemeriksaan terhadap kedua-dua kontena masing-masing menemukan 83 tong dram berwarna biru bertulisan Paraffin Wax 3-5 peratus mengandungi pepejal mampat berwarna putih kekuningan disyaki dadah jenis methamphetamine," katanya pada sidang media di Balai Polis Port Klang hari ini.

Mat Zani berkata kedua-dua kontena yang dipercayai dari Iran itu sedang dalam perjalanan ke Sydney, Australia, dan pemeriksaan mendapati ia didaftarkan sebagai bahan-bahan memproses barangan kosmetik dan juga lilin.

Beliau berkata kejayaan pembongkaran aktiviti sindiket dadah antarabangsa itu adalah hasil perkongsian maklumat Polis Persekutuan Australia dengan JSJN Bukit Aman, dan ia adalah kejayaan terbesar polis dalam menggagalkan cubaan penyeludupan dadah antarabangsa setakat ini.

"Kami percaya dadah yang boleh digunakan oleh 166 juta penagih ini juga adalah untuk pasaran Australia," katanya, sambil menambah kerjasama sedang dilakukan dengan Polis Persekutuan Australia bagi mengenal pasti sindiket atau organisasi antarabangsa yang terlibat dalam penghantaran dadah berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Mangsa banjir Johor akan terima bantuan khas RM3,0' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi rasmi Starvendors Mega Raya Fest 2025 | BEST' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 39 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 2 hrs 20 mins ago