Translate

21 March 2025

Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy



Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy

Bernama

21/03/2025


NANCY: Pada pandangan saya, hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas perbuatan jijiknya sebagai seorang bapa tiri yang seharusnya menjadi pelindung kepada ahli keluarganya. - Gambar fail/BERNAMA


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa hukuman lebih berat terhadap bapa yang mengeksploitasi anak tirinya.

Beliau merujuk kes seorang lelaki berusia 56 tahun yang didenda RM6,000 kerana mengaku bersalah merakam dan memiliki bahan lucah berupa video serta gambar bogel anak tirinya yang diambil ketika kanak-kanak itu sedang mandi.

Nancy berharap pihak yang bertanggungjawab dapat merayu terhadap hukuman berkenaan menggunakan ruang yang ada.

"Pada pandangan saya, hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas perbuatan jijiknya sebagai seorang bapa tiri yang seharusnya menjadi pelindung kepada ahli keluarganya dan bukannya berkelakuan sedemikian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nancy berkata kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Saya rasa saya tidak keseorangan yang menganggap bahawa hukuman yang dikenakan adalah ringan berbanding kesalahaan yang telah dilakukan. Kita tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang bentuk eksploitasi dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak," katanya.

Nancy berkata hukuman yang lebih tegas bukan sahaja menberikan keadilan kepada mangsa, tetapi juga menjadi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan seumpama itu tidak akan diterima dalam apa jua keadaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Frankfurt am main viewed 'Adakah harganya mencecah US$5' 11 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 15 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 28 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kalau Nak Jual Patut DBKL Datang Bincang Dulu Alih' 47 mins ago
A visitor from New york viewed 'Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di M' 48 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 54 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 1 hr 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 3 mins ago