Translate

20 March 2025

Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial



Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial

Bernama

20/03/2025


Razarudin berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun Selasa lepas. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Polis menahan seorang pegawai farmasi berumur 29 tahun yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Lelaki tersebut direman dua hari untuk membantu siasatan.

Menteri Perpaduan Negara menggesa polis dan MCMC mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW, kerana perbuatan tersebut boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun Selasa lepas.

Beliau berkata lelaki itu bersama dua lagi pengguna disyaki memuat naik komen yang menghina Nabi Muhammad SAW pada hantaran berita berkaitan Malaysia mengutuk keras kezaliman terhadap lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang maut dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lepas.

Razarudin berkata lelaki berumur 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai farmasi itu kini direman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Semalam Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di media sosial.

Aaron berkata tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara, tetapi juga boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Traders Hotel Kuala Lumpur Serves One of the Best ' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 17 mins ago
A visitor from Hilden viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 22 mins ago
A visitor from Sarajevo viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 24 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Anita Azrina mahu naik taraf kemudahan sukan, kuku' 24 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Anita Azrina mahu naik taraf kemudahan sukan, kuku' 27 mins ago
A visitor from Vancouver viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 29 mins ago