Translate

20 March 2025

Guru ditahan disyaki pukul murid guna buku



Guru ditahan disyaki pukul murid guna buku

Bernama

20/03/2025


Menurut sumber, mangsa telah dirujuk di Hospital Melaka untuk rawatan susulan memandangkan emosi murid itu yang semakin tidak dapat dikawal.


MELAKA: Polis menahan seorang guru selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku dan menarik rambut di tepi telinganya ketika berada di dalam kelas sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa.

Menurut sumber, keadaan itu menyebabkan murid berusia 10 tahun yang bersekolah di Alor Gajah itu dikatakan takut untuk datang ke sekolah pada 14 Mac lepas akibat perbuatan guru lelaki bahasa Inggeris berumur 44 tahun itu.

"Ibu mangsa berusia 34 tahun kemudian membuat laporan polis pada Selasa lepas (18 Mac) kerana anaknya telah dirujuk ke bahagian psikiatri Hospital Melaka.

"Mangsa telah dirujuk di Hospital Melaka untuk rawatan susulan memandangkan emosi murid itu yang semakin tidak dapat dikawal dan keputusan laporan pegawai perubatan ialah alleged physical abuse by known person," menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Muktar mengesahkan menerima laporan bagi kes terbabit dan tangkapan dibuat pada 4 petang semalam di Pejabat D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sewaktu dipanggil untuk memberi keterangan.

"Permohonan reman akan dibuat pada hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Segamat viewed 'GOLDEN BUZZER act Electric Umbrella LIGHT Up the s' 56 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Adakah harganya mencecah US$5' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 15 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'GOLDEN BUZZER act Electric Umbrella LIGHT Up the s' 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 18 mins ago
A visitor from Jakarta viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Development of U.S. F-47 6th Generation Fighter Je' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 27 mins ago