Translate

20 March 2025

Pegawai SPRM kunjungi pejabat Sapura Energy berhubung rasuah, salah guna dana



Pegawai SPRM kunjungi pejabat Sapura Energy berhubung rasuah, salah guna dana

Bernama

20/03/2025


Pegawai SPRM mengunjungi pejabat Sapura Energy Bhd (SEB) di Menara PNB, hari ini berhubung dua siasatan melibatkan syarikat tersebut.


KUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi pejabat Sapura Energy Bhd (SEB) di Menara PNB, di Jalan Tun Razak hari ini berhubung dua siasatan melibatkan syarikat tersebut, kata penyedia perkhidmatan gas dan minyak itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, SEB berkata pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada agensi terlibat dan akan menyediakan segala maklumat diperlukan bagi membantu siasatan SPRM.

"Sebagai entiti penyenaraian awam yang bertanggungjawab, kami kekal komited untuk mematuhi piawaian tadbir urus korporat yang kukuh, ketelusan dan integriti dalam semua aktiviti kami," katanya.

SEB turut memberi jaminan kepada pihak berkepentingan bahawa operasi perniagaan akan diteruskan seperti biasa.

"Menyedari kepentingan untuk memastikan pihak berkepentingan sentiasa dimaklumkan, kami akan menyediakan maklumat terkini mengikut kesesuaian sekiranya terdapat sebarang perkembangan terbaharu," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan media pada 17 Mac bahawa SPRM sudah membuka dua kertas siasatan berhubung rasuah dan salah guna dana melibatkan SEB.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet ' 20 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 21 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Diesel prices to drop by 5 cents from tomorrow | B' 23 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 31 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 36 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 53 mins ago