Translate

20 March 2025

Pemandu lori didakwa memandu bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian kanak-kanak Singapura



Pemandu lori didakwa memandu bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian kanak-kanak Singapura

Bernama

20/03/2025


I Muniandy@Ang Ah Leang, 57,dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini. - Gambar fail/ Bernama


JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak warga Singapura dan mendatangkan kecederaan kepada dua individu, di Jalan Pantai, Johor Bahru, 16 Mac lepas.

Tertuduh I Muniandy@Ang Ah Leang, 57, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Muniandy didakwa dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 44(1)(a) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Noah Saliqin Mohamad Khairuz, 7.

Jika disabit kesalahannya boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun, denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang tujuh tahun, lesen memandu percubaan dibatalkan, serta kesalahan diendors pada lesen.

Dia juga berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kecederaan kepada Mohamad Khairuz Bahrawi, 44, dan Lina Yulianti, 38.

Jika didapati bersalah, boleh dipenjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun, denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang tujuh tahun, lesen memandu percubaan dibatalkan, serta kesalahan diendors pada lesen.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Jalan Pantai, Johor Bahru sekitar 10.10 malam pada 16 Mac lalu.

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan tertuduh perlu menyerahkan passport kepada mahkamah, manakala lesennya digantung sehingga kes selesai, selain tertuduh perlu melapor diri di balai berdekatan sebulan sekali dan tidak boleh mengganggu mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Tasnam Saleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 April depan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 3 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 4 hrs 45 mins ago