Translate

22 March 2025

PRK DUN Ayer Kuning: BN tukar tarikh umum calon kepada 7 April



PRK DUN Ayer Kuning: BN tukar tarikh umum calon kepada 7 April

Bernama

22/03/2025


Saarani (foto) berkata pengumuman itu akan dibuat Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Rancangan Perumahan Tersusun Kampung Haji Tahir di Temoh. -Gambar fail/Bernama


TAPAH: Barisan Nasional (BN) menukar tarikh pengumuman calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning daripada 5 April kepada 7 April ini, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

BN menukar tarikh pengumuman calon PRK DUN Ayer Kuning kepada 7 April kerana Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Melaka pada 5 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan pada 26 April berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung.

BN berharap masyarakat Orang Asli terus memberi sokongan penuh pada PRK ini, dan tidak gentar menghadapi calon PSM atau pertandingan lebih tiga penjuru.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Rancangan Perumahan Tersusun Kampung Haji Tahir di Temoh.

"Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat kebangsaan dijangka diadakan pada 5 April di Melaka, jadi semua orang ke sana dan pada keesokannya kita turut mengambil kira orang ramai akan pulang ke kawasan masing-masing selepas seminggu berhari raya, jadi lebuh raya akan sesak.

"Oleh itu, kita akan mengadakan pengumuman pada 7 April bersempena dengan Sambutan Aidilfitri Parlimen Tapah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Saarani berkata BN tidak pernah meragui kesetiaan masyarakat Orang Asli terhadap gabungan berkenaan dan berharap golongan terbabit akan terus memberi sokongan penuh pada PRK itu supaya BN dapat meneruskan kesinambungan membantu rakyat.

Saarani berkata secara keseluruhan, DUN itu mempunyai sebanyak 2,156 pengundi Orang Asli dengan sebahagiannya berada di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bidor.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata BN tidak gentar menghadapi mana-mana calon termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau pertandingan lebih tiga penjuru pada PRK itu.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi PSM S. Arutchelvan mengumumkan parti berkenaan akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi itu yang pernah ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15, namun tewas selepas calon mereka Bawani KS hanya memperoleh 586 undi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Supporters of Former President Rodrigo Duterte gat' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Paus Francis seru henti segera pengeboman di Gaza ' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Ismail Sabri nafi tarik sokongan | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Farid Kamil Dan Diana Danielle Bercerai Kali Kedua' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Farid Kamil Dan Diana Danielle Sepakat Masa Depan ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Remaja lawan arus lari sekatan jalan raya parah ke' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis Masih Tunggu TPR | BEST' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PDRM BANTU DBKL DAN IMIGRESEN GEMPUR 9 UNIT PENEMP' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Benda dah viraI tunggu kena kutip je | BEST FBKL' 50 mins ago