Translate

21 March 2025

Situasi banjir semakin buruk di Johor, Sabah dan Sarawak



Situasi banjir semakin buruk di Johor, Sabah dan Sarawak

Bernama

21/03/2025


Keadaan rumah dan jalan raya serta kenderaan yang ditenggelami air akibat banjir di Kampung Pasir Tebrau berikutan hujan beterusan sejak semalam (19 Mac) ketika tinjauan di Johor Bahru, 20 Mac 2025. --fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor, Sabah dan Sarawak bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan peningkatan setakat 8 pagi ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 10,763 daripada 3,018 keluarga yang ditempatkan di 98 PPS di lima daerah terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 4,291 orang, diikuti Kluang (2,163), Kota Tinggi (1,762), Pontian (1,395) dan Kulai sebanyak 1,152 orang.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,248 daripada 396 keluarga yang dipindahkan ke 11 PPS.

"Sebanyak 14 kampung terjejas, iaitu lima di Kota Marudu, masing-masing dua di Sandakan, Beluran, Paitan dan Matunggong serta satu kampung di Pitas. Peningkatan jumlah dipindahkan hanya di Kota Marudu pagi ini manakala daerah lain kekal," menurut kenyataan itu.

Di SARAWAK, tiga PPS baharu dibuka bagi menampung jumlah mangsa banjir yang kini mencecah 274 orang.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS Balai Raya Song yang pertama dibuka semalam, kini menempatkan 198 mangsa.

Tiga PPS baharu, iaitu Asrama Belia Kapit menempatkan 31 mangsa, Dewan Kompleks Sukan Kanowit (38), dan Dewan Komuniti Sibu Jaya (7).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Trump greeted by chants of 'USA!' at NCAA wrestlin' 24 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'DOUGLAS LIM LAGU RAYA – Aidilfitri Di Malaysia [Ho' 31 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Buffet Ramadhan MAEPS BISTRO Steamboat & Grill @ R' 56 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Ratusan Ikan Tilapia Mati Disyaki Akibat Pelepasan' 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tun Mahathir Di Bazaar Ramadhan Jalan Kuching Kual' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Development of U.S. F-47 6th Generation Fighter Je' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lewis-Skelly Scores On Debut! | England 2-0 Albani' 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lewis-Skelly Scores On Debut! | England 2-0 Albani' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di M' 35 mins ago