Translate

21 March 2025

Seorang maut, lima cedera dalam kebakaran



Seorang maut, lima cedera dalam kebakaran

Bernama

21/03/2025


Kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi tamat sepenuhnya 6.27 pagi, manakala kesemua mangsa cedera dihantar ke Hospital Melaka. - Foto JBPM Melaka


MELAKA: Seorang lelaki maut manakala lima lagi termasuk seorang wanita cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Lorong Bandar Hilir 3, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Atan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.58 pagi dan 20 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dan Padang Temu, digerakkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita mendapati kebakaran membabitkan rumah jenis kekal dua tingkat itu telah dijilat api kira-kira 70 peratus dan dan kesemua mangsa berada di tingkat atas.

"Seorang mangsa berjaya keluar dari rumah manakala empat lagi diselamatkan pasukan bomba dan seorang mangsa lelaki berusia 59 tahun yang terperangkap, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Suhaimi berkata lima mangsa yang cedera ialah empat lelaki berusia antara 76 hingga 50 tahun, manakala mangsa wanita warga China berusia 38 tahun.

Beliau berkata selain itu tiga kenderaan iaitu kereta jenis Kia Picanto dan Honda Accord serta van Mercedes turut musnah dalam kebakaran tersebut.

"Kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi tamat sepenuhnya 6.27 pagi, manakala kesemua mangsa cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan," katanya.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 3 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 7 mins ago
A visitor from Ampang viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 10 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 17 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 20 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 29 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 30 mins ago