Translate

21 March 2025

Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN



Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN

Bernama

21/03/2025


Razarudin berkata laporan berhubung perkara itu dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, malam tadi. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu, baru-baru ini.

Polis menyiasat pemilik akaun Facebook yang disyaki menghina Islam melalui kenyataan di media sosial.

Laporan dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kenyataan tersebut menimbulkan reaksi pelbagai pihak dan dianggap menyentuh sensitiviti agama, dengan hantaran mendapat 42 perkongsian dan 270 komen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata laporan berhubung perkara itu dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, malam tadi.

"Hasil penelitian yang dijalankan mendapati bahawa hantaran tersebut mengandungi unsur yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia dan mendatangkan kegusaran awam.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Razarudin berkata semakan mendapati hantaran tersebut mendapat 42 perkongsian dan 270 komen selain akaun Facebook berkenaan didapati masih aktif.

Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai hantaran disyaki mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mencabar askar dan umat Islam di Malaysia ke Gaza selain menyindir kecaman yang diberikan terhadap Israel sebagai tidak bermakna.

Kenyataan itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak dan dianggap menyentuh sensitiviti agama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Frankfurt am main viewed 'Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'GOLDEN BUZZER act Electric Umbrella LIGHT Up the s' 6 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump greeted by chants of 'USA!' at NCAA wrestlin' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DOUGLAS LIM LAGU RAYA – Aidilfitri Di Malaysia [Ho' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Buffet Ramadhan MAEPS BISTRO Steamboat & Grill @ R' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ratusan Ikan Tilapia Mati Disyaki Akibat Pelepasan' 33 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tun Mahathir Di Bazaar Ramadhan Jalan Kuching Kual' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Development of U.S. F-47 6th Generation Fighter Je' 39 mins ago