Translate

22 March 2025

Wanita ditahan simbah anak air panas kerana main alat solek



Wanita ditahan simbah anak air panas kerana main alat solek

Bernama

22/03/2025


Suspek direman selama sehari bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seskyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Gambar hiasan


MELAKA: Seorang suri rumah ditahan selepas disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya berusia 10 tahun pada Khamis lepas, gara-gara menggunakan alat soleknya.

Seorang suri rumah ditahan kerana disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya yang berusia 10 tahun kerana menggunakan alat soleknya.

Kejadian terbongkar selepas guru sekolah melihat kesan lebam pada tangan kanak-kanak tersebut dan membawanya ke hospital untuk rawatan.

Suspek direman selama sehari untuk siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kejadian terbongkar selepas guru sekolah yang juga pengadu melihat kanak-kanak tersebut memakai pakaian biasa dan bukannya pakaian sukan ketika hadir ke sekolah semalam.

Menurut sumber, mangsa memberitahu dia sedang sakit dan hasil pemeriksaan terdapat kesan lebam di tangannya sebelum murid tersebut di bawa ke bilik guru untuk pemeriksaan lanjut dan menceritakan kejadian tersebut semasa dia bermain alat solek milik ibunya yang berusia 36 tahun tanpa pengetahuannya.

"Apabila wanita itu menyedari perbuatan anak kedua daripada tiga beradik itu, dia bertindak memarahi mangsa dan memukulnya menggunakan objek serta menyimbahnya dengan beberapa cawan air panas," kata sumber tersebut.

Ketika kejadian, dua adik-beradik mangsa yang lain sedang tidur dan kanak-kanak itu telah memberitahu bapanya yang dia dipukul oleh ibu mereka.

"Guru sekolah terus membawa murid tersebut ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selepas gagal menghubungi telefon ayah murid tersebut. Atas maklumat tersebut juga, wanita tersebut ditahan polis semalam dan permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini," katanya.

Dalam pada itu Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar dalam satu kenyataan mengesahkan laporan kes berkenaan.

"Suspek direman selama sehari bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seskyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM BANTU DBKL DAN IMIGRESEN GEMPUR 9 UNIT PENEMP' 4 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Malaysia’s first-ever saree-themed bowling tournam' 6 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 12 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 14 mins ago
A visitor from California viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 16 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 21 mins ago
A visitor from Indiana viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 37 mins ago
A visitor from Sarajevo viewed 'Mahkamah Persekutuan Tolak Bantahan Awal Najib | B' 43 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'TNB siap sedia hadapi banjir di Terengganu, Kelant' 1 hr 5 mins ago