Translate

22 March 2025

Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD diselesaikan secara baik



Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD diselesaikan secara baik

Bernama

22/03/2025


Rajasekaran (duduk, kiri) dan Hasnor bertemu dengan penjaja petai di rumahnya. Foto: Facebook Rajasekaran


PORT DICKSON: Perselisihan faham antara 'Pak Cik Petai' dengan penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berhampiran sebuah pasar raya di sini yang tular di media sosial baru-baru ini, telah diselesaikan secara baik dan harmoni.

Perselisihan antara 'Pak Cik Petai' dan penguat kuasa MPPD diselesaikan dengan baik, dan beliau diberikan lesen sementara untuk berniaga.

Pertemuan antara pihak MPPD dan peniaga petai meredakan ketegangan dan memastikan tiada isu serupa berlaku di masa hadapan.

ADUN Seri Tanjung menyampaikan sumbangan sebagai ganti rugi petai yang tidak dapat dijual.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Tanjung Dr G.Rajasekaran menerusi catatan di Facebooknya berkata MPPD bersetuju untuk memberikan lesen sementara kepada peniaga petai berkenaan, Mohd Noor Saad untuk menjalankan perniagaan secara sah.

Beliau berkata Yang Dipertua MPPD Hasnor Abd Hamid dan peguat kuasa terlibat juga sudah bertemu peniaga itu di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang di sini malam tadi.

"Pertemuan ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua dan pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan," katanya.

Rajasekaran berkata pihaknya turut menyampaikan sumbangan, mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, sebagai ganti rugi petai yang tidak dapat dijual semalam.

Terdahulu tular sebuah video memaparkan peniaga petai itu mencampak beberapa petai yang dijualnya ke atas jalan.

Tindakan itu dipercayai sebagai protes selepas dihalang berniaga oleh penguatkuasa MPPD dan diarah untuk menghentikan perniagaan yang dibuat di kawasan parkir berhadapan sebuah pasar raya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 11 mins ago
A visitor from Florida viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 36 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis rujuk tiga kertas siasatan 'doktor tidak sen' 1 hr ago
A visitor from Washington viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 11 mins ago