Translate

22 March 2025

Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah - Polis



Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah - Polis

Bernama

22/03/2025


Setakat ini sebanyak 200 borang pemakluman balik kampung telah diedarkan. - Foto fail/BERNAMA


KUANTAN: Orang ramai diingatkan untuk mengisi borang balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah ketika bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Zahari Wan Busu berkata menerusi borang pemakluman itu, pihaknya dapat mengenal pasti kediaman ditinggalkan bagi melaksanakan usaha pencegahan jenayah.

"Tiada kes jenayah direkodkan ketika cuti perayaan tahun lepas bagi mereka yang menghantar borang pemakluman balik kampung kepada polis di daerah ini.

"Setakat ini sebanyak 200 borang pemakluman balik kampung telah diedarkan dan kita harap orang ramai yang ingin pulang beraya ke kampung masing-masing mengisi borang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan kempen pencegahan jenayah di Bazar Aidilfitri Dataran Sekilau di sini malam tadi.

Wan Zahari memaklumkan rondaan di kediaman yang ditinggalkan akan ditingkatkan sepanjang tempoh ditinggalkan melalui pemakluman yang diterima.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 44 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 49 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 3 hrs 55 mins ago