Translate

21 March 2025

Dua beranak maut motosikal dirempuh pacuan empat roda



Dua beranak maut motosikal dirempuh pacuan empat roda

Bernama

21/03/2025


Mohd Nazri (kiri) dan Muhammad Hamas (Kanan) meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke masjid malam tadi. - Foto Sinar Harian


JERTIH: Dua beranak maut apabila motosikal yang dinaiki dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Padang Landak, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu berkata dalam kejadian kira-kira 8.20 malam itu, penunggang motosikal Honda EX5 terbabit Mohd Nazri Mohd Nor, 59, dan anak lelakinya Muhammad Hamas, 25, meninggal dunia di Hospital Besut pada 10.30 malam.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux yang dari arah Jerteh ke Kampung Padang Landak telah terlanggar motosikal dinaiki mangsa dari arah belakang selepas motosikal itu membuat pusingan U dan mengubah laluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa di kiri jalan.

"Akibat daripada kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal dikejarkan ke Hospital Besut dan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala pemandu Toyota Hilux yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun, tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azamuddin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mangsa banjir Johor akan terima bantuan khas RM3,0' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi rasmi Starvendors Mega Raya Fest 2025 | BEST' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 46 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 56 mins ago