Translate

21 March 2025

Perpindahan kuil: PM Anwar nasihat semua pihak jangan jadi jaguh



Perpindahan kuil: PM Anwar nasihat semua pihak jangan jadi jaguh

Bernama

21/03/2025


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama


SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pihak berkaitan isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sedang berunding dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu bagi memastikan ia berjalan lancar.

Pihak berkaitan sedang berunding untuk mencari jalan terbaik bagi perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Tanah kuil tersebut adalah milik pihak swasta yang merancang untuk membangunkan masjid di lokasi itu, dengan DBKL mencari tapak tanah ganti untuk kuil.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menjadi 'jaguh' dalam isu ini dan menekankan pentingnya menyelesaikan perkara ini dengan baik dan harmoni.

Beliau berharap usaha mencari jalan terbaik terus dilaksanakan oleh pihak berkepentingan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar tidak menjadi 'jaguh' dalam isu berkenaan.

"Masalahnya ada penunggang agama termasuk peguam yang tidak pernah terbabit dalam kegiatan agama Hindu terus jadi jaguh dan buat kenyataan umpamanya nak merobohkan (kuil).

"Saya tidak boleh bayangkan saya sebagai Perdana Menteri merobohkan mana-mana kuil atau kegiatan agama lain," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tanah berkenaan bukan milik kerajaan, sebaliknya milik pihak swasta sejak 2012 dan pemiliknya memutuskan untuk membangunkan masjid di lokasi itu.

"Kuil yang lama dan statusnya tidak mendapat kebenaran, tidak sah tetapi bagi memastikan hubungan kita harmoni, syarikat (pemilik tanah) setuju untuk menyalurkan sedikit bantuan manakala pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sebenarnya sudah mencari tapak tanah ganti, supaya tidak menjadi masalah.

"...saya juga harap tidak perlu ada respons yang kurang wajar termasuk dalam kalangan masyarakat Islam dan kita tangani dengan baik kerana masjid akan terus dibina, tapak kuil akan disediakan," katanya.

Semalam media melaporkan proses perbincangan mengenai perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Jakel Group berjalan dengan harmoni di antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan DBKL.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dilaporkan berkata DBKL berperanan menjadi pemudah cara dalam memastikan urusan perpindahan itu yang terletak di atas tanah swasta ke lokasi baharu diselesaikan dengan baik.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 27 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 41 secs ago
A visitor from Kajang viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 3 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 |' 57 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Buffet Ramadhan MAEPS BISTRO Steamboat & Grill @ R' 1 hr 11 mins ago