Translate

20 March 2025

Melaka rasmi jadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026



Melaka rasmi jadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026

Bernama

20/03/2025


Semua pihak terutama penggiat industri pelancongan diseru bekerjasama mempromosikan TMM2026 di pelbagai platform termasuk media sosial. - Bernama


MELAKA: Kerajaan bersetuju menjadikan Melaka sebagai tuan rumah bagi sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM2026), umum Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata ini termasuk kelulusan peruntukan bagi sambutan itu kerana persediaannya akan dilakukan oleh kerajaan negeri sendiri.

"Kita sudah setuju, begitu juga Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan pelancarannya akan kita lakukan semasa Hari Pelancongan Sedunia 2025 yang dijadualkan pada September ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Melaka 2025 di Bukit Cina hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta lebih 1,000 penggiat pelancongan di Melaka.

Tiong berkata justeru itu, beliau mahu semua pihak terutama penggiat industri pelancongan bekerjasama mempromosikan TMM2026 di pelbagai platform termasuk media sosial.

"Ini penting kerana kita mahu ekonomi berasaskan pelancongan ini berkembang pesat dan semua pihak terutama rakyat mendapat manfaatnya," kata beliau.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 4 hrs 31 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 4 hrs 32 mins ago