Translate

22 March 2025

Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di Lebuh Raya Elite



Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di Lebuh Raya Elite

Bernama

22/03/2025


Keadaan bas persiaran yang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 43 Lebuhraya Elite. -Foto sumber polis


SEREMBAN: Seorang pemandu bas ekspres cedera parah manakala 20 penumpang mengalami cedera ringan akibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 43 arah selatan Lebuh raya Elite pada 8 pagi tadi.

Pemandu bas ekspres cedera parah, 20 penumpang cedera ringan dalam kemalangan dengan lori treler di Lebuh raya Elite.

Bas melanggar belakang lori treler yang sedang mendaki di lorong kiri.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata siasatan awal mendapati bas jenis Hino dipandu lelaki warga tempatan berumur 46 tahun itu membawa 20 penumpang warga China dan seorang warga tempatan sebagai jurubahasa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Singapura.

"Bas terbabit secara tiba-tiba melanggar belakang lori treler yang sedang mendaki di lorong kiri. Lori jenis Hino dipandu seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun dari arah Shah Alam menghala ke Senawang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, pemandu bas yang mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Penumpang bas serta pemandu lori treler yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sarajevo viewed 'Mahkamah Persekutuan Tolak Bantahan Awal Najib | B' 1 secs ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 18 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'TNB siap sedia hadapi banjir di Terengganu, Kelant' 22 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mahkamah Persekutuan Tolak Bantahan Awal Najib | B' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan Tolak Bantahan Awal Najib | B' 55 mins ago
A visitor from Tampin viewed 'Polis Masih Tunggu TPR | BEST' 58 mins ago
A visitor from Jeddah viewed 'Polis Masih Tunggu TPR | BEST' 58 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Polis Masih Tunggu TPR | BEST' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Benda dah viraI tunggu kena kutip je | BEST FBKL' 1 hr 1 min ago