Translate

20 March 2025

Rohaimi Md Isa dilantik pemangku Pengarah JSJK mulai hari ini



Rohaimi Md Isa dilantik pemangku Pengarah JSJK mulai hari ini

Bernama

20/03/2025


Razarudin (tengah) menyaksikan sesi penyerahan tugas Pengarah JSJK antara Ramli (kiri) dan Rohaimi pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSJK di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini. -- fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa dilantik memangku jawatan Pengarah JSJK Bukit Aman berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang akan bersara wajib hari ini selepas hampir 38 tahun berkhidmat dalam pasukan berkenaan.

Majlis serah terima jawatan yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Razarudin dalam ucapannya berkata Ramli telah berjaya memperkasakan siasatan dan meningkatkan kredibiliti jabatan berkenaan sepanjang beliau memegang jawatan sebagai pengarah.

Beliau berkata ia jelas dapat dilihat melalui jumlah serbuan dan tangkapan melibatkan jenayah komersial yang meningkat sepanjang tahun dengan 24,388 serbuan pada 2024, meningkat 6,167 serbuan berbanding 2023.

"Jumlah tangkapan turut mencatat peningkatan ketara pada 2024 dengan 25,829 tangkapan direkodkan, berbanding 22,911 tangkapan pada 2023 dan hanya 20,804 tangkapan pada 2022," katanya.

Razarudin berkata Ramli turut berjaya membuka dimensi baharu dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah komersil apabila Rang UndangUndang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Ia merupakan kemuncak kejayaan buat JSJK dalam usaha memperkasakan siasatan bersabit sindiket penipuan dalam talian khususnya melibatkan penggunaan akaun keldai yang semakin berleluasa," katanya.

Sementara itu Ramli dalam ucapannya berharap anggota dan pegawai di JSJK sentiasa melengkapkan ilmu dengan kemahiran baharu bagi menghadapi jenayah komersial yang semakin canggih.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 5 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Lelaki didakwa pandu secara berbahaya dalam inside' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Menteri Di JPM Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Positi' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 5 hrs 9 mins ago