Translate

20 March 2025

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus dilulus supaya Parlimen berfungsi bebas, berdaulat - PM Anwar



RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus dilulus supaya Parlimen berfungsi bebas, berdaulat - PM Anwar

Bernama

20/03/2025


Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus diluluskan supaya RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 membolehkan Parlimen berfungsi sebagai sebuah institusi yang bebas dan berdaulat.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 perlu diluluskan untuk membolehkan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 menjadikan Parlimen sebuah institusi yang bebas dan berdaulat.

Pindaan ini mengukuhkan kebebasan institusi Parlimen dan merupakan kejayaan besar dalam reformasi institusi negara, dengan penekanan pada prinsip pengasingan kuasa.

RUU ini memastikan Parlimen mempunyai ruang kebebasan dan menjamin kenaikan pangkat petugas, serta membantu membentuk negara yang lebih telus, berintegriti, dan berwibawa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dengan termeterainya pindaan Perlembagaan Persekutuan itu, ia bukan sahaja mengukuhkan kebebasan institusi Parlimen, malah merupakan kejayaan besar dalam reformasi institusi negara.

"Kita serius menunaikan amanah dan janji. Ini juga satu hal, kalau Parlimen sekarang ia di bawah Perdana Menteri iaitu Jabatan Perdana Menteri.

"Namun Perdana Menteri memilih untuk menyerahkan (kuasa) ini sebagai badan bebas, sebab itu bila sebut reformasi institusi memang enak tetapi sukar nak dapat Perdana Menteri yang hendak serahkan kuasa... tetapi kita terpaksa lakukan kerana ini akan memperkukuhkan semangat," katanya ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 membolehkan penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibincangkan selama bertahun-tahun sebelum ini dan telah diluluskan di Dewan Rakyat.




Perdana Menteri berkata pindaan itu adalah kerangka untuk memperkukuh prinsip pengasingan kuasa, dan menegaskan bahawa pemisahan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman adalah penting, malah tertera ketika Malaysia dipimpin Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1957.

Anwar berkata Parlimen mesti mempunyai ruang kebebasan dalam memaknai erti reformasi.

"Kita lakukan ini setelah berbincang dengan petugas supaya ruang kenaikan pangkat mereka terjamin, maka sebab itu ada beberapa kelonggaran untuk mereka pilih perkhidmatan," katanya.

Sementara itu Anwar memberi jaminan bahawa RUU itu dapat memenuhi matlamatnya, dan Dewan Negara dapat menjadi sebahagian daripada sejarah yang membantu membentuk negara yang lebih telus, berintegriti dan berwibawa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Melonjak | BEST FBKL' 26 secs ago
A visitor from Iowa viewed 'KL court official called back to court for trial |' 58 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DAP terus bersatu selepas pemilihan parti, fokus k' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mangsa banjir di Johor, Sarawak terus meningkat pa' 14 mins ago
A visitor from George town viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 19 mins ago
A visitor from Delaware viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 51 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 52 mins ago