Translate

21 March 2025

Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap pembantu klinik



Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap pembantu klinik

Bernama

21/03/2025


Dr Mohd Rafi'uddin dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Seorang doktor di sebuah klinik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap pembantu klinik, Sabtu lepas.

Dr Mohd Rafi'uddin Hamidon, seorang doktor, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap pembantu klinik.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 375(b) dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Hakim membenarkan jaminan RM18,000 dengan syarat tambahan.

Mahkamah menetapkan 23 April untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Dr Mohd Rafi'uddin Hamidon, 35, didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu di dalam bilik stor di sebuah klinik di Pantai Dalam di sini antara 4 pagi hingga 5 pagi, pada 15 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama pada tempat, masa dan tarikh serupa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan itu adalah serius dan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Dr Mohd Rafi'uddin memohon supaya jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung isteri serta tiga anak termasuk seorang bayi yang baru lahir.

"Pihak kami juga tidak membantah sekiranya syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh," kata peguam itu.

Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh membenarkan lelaki itu diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri sebulan dua kali di balai polis berhampiran dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 15 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 41 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Tidak Boleh Pinjam Sewenang-Wenangnya Selepas Akta' 3 hrs 59 mins ago