Translate

19 March 2025

Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar Ramadan Tasek Mutiara



Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar Ramadan Tasek Mutiara

Bernama

18/03/2025


Anwar melawat Bazar Ramadan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat hari ini. - Gambar Bernama


NIBONG TEBAL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau dan beramah mesra bersama peniaga serta pengunjung di Bazar Ramadan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini.

Ketibaan Perdana Menteri di bazar tersebut pada 6.15 petang itu, diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Turut serta Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun Goh Choon Aik dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.

Sebaik tiba, Perdana Menteri disambut meriah oleh pengunjung daripada pelbagai kaum dan peringkat umur termasuk kanak-kanak yang teruja berpeluang bertemu dan bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit berbual dengan peniaga serta menyantuni pengunjung yang hadir ke bazar yang menempatkan 110 gerai itu.

Seorang peniaga Rashidah Hashim, 48, teruja dapat bertemu empat mata dengan Perdana Menteri selain turut gembira kerana berkesempatan memberikan juadah kepada beliau.

"Tak dapat nak digambarkan perasaan sebab tak sangka ini kali pertama saya dapat bersua muka dengan Perdana Menteri. Beliau sempat berseloroh tanya dengan saya pulut udang mana?," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang S.Jegan berkata tambah nilai Touch 'n Go sebanyak RM20 ditawarkan kepada 1,000 pengguna yang hadir ke reruai kementerian itu di bazar tersebut hari ini, melalui inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) selaras dengan aspirasi untuk merancakkan pendigitalan transaksi dalam kalangan peniaga.

Usai tinjauan, Anwar bergerak ke Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Negeri Peringkat Pulau Pinang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'PKR putuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 12 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 u' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 27 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penerbangan pertama musim haji 1446H/2025M pada 29' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 51 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 56 mins ago